Kupu-kupu tetap indah,cantik & menawan
Biar ketika ia hinggap diatas kumbang
@ mengirai kepak mengitari alam,
malah ketika berada dalam balang.....
Namun,kasihan kupu-kupu, badannya cantik
& mempesonakan tetapi....kalau ditambah perkataan malam,
maksudnya ke jurang hitam.....
Hakikatnya,kupu-kupu bukan semuanya
keluar malam,sebilangan sahaja yang gemar
berpeleseran,pada waktu demikian,itupun
kerana terpedaya oleh lampu di pinggir jalan...
Sebilangan besar kupu-kupu terbang pada waktu siang
hinggap pada bunga-bungaan,menghirup manisan
yang tersembunyi di tengah-tengah, kemudian kupu-kupu
terbang lagi & hinggap di dedaunan segar.....
Sesiapapun pasti terlirik apabila
terlihatkan kupu-kupu,
siapapun ingin memiliki keindahan,
kecantikan,& keunikan kupu-kupu
di hujung jarinya.......
Tetapi sayap kupu-kupu mudah berderai,
apabila sudah berderai, tiada siapa akan inginkannya lagi,
kupu-kupu pun terbiar..........
Wahai diriku dan kupu-kupu,
engkau dan aku ada persamaan
Wahai diriku dan kupu-kupu,
engkau dan aku tamsilan kepada keindahan
Wahai diriku dan kupu-kupu,
engkau dan aku juga tamsilan kepada kerosakan dan kemusnahan.....
No comments:
Post a Comment