Friday, October 17, 2008

Pohon semalu itu amat berkait rapat dengan WANITA



Pertama, pohon semalu akan kuncup
apabila disentuh.Ini boleh diibaratkan
bahawa WANITA perlu mempunyai
perasaan malu (pada tempatnya).


Kedua, semalu mempunyai duri yang

tajam untuk mempertahankan dirinya.

Oleh itu, WANITA perlu tahu

mempertahankan dirinya dan maruah

sebagai seorang wanita Muslim.



Ketiga, semalu juga mempunyai akar

tunjang yang sangat kuat dan

mencengkam bumi.Ini bermakna

WANITA solehah hendaklah mempunyai

keterikatan yang sangat kuat dengan

ALLAH RABBUL ALAMIN.


Dan akhir sekali,semalu akan kuncup

dengan sendirinya apabila senja

menjelang.Oleh itu, para WANITA
sekalian, kembalilah ke rumahmu
apabila waktu semakin senja.


"Ambillah pengajaran dari semalu walaupun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil"














No comments: